top of page

Perkhidmatan

Terjemahan

Penerjemahan ialah lebih daripada sekadar memindahkan sebuah teks dari satu bahasa ke bahasa lain. Penterjemah perlu menganalisis dan memahami sepenuhnya maksud pengarang karangan asal terlebih dahulu, kemudian dia dijangka memilih perkataan yang tepat untuk menyampaikan intipati yang sama dalam bahasa sasaran. Dengan pembetulan selepas terjemahan, penterjemah menjamin bahawa makna teks asal benar-benar dikekalkan.

​

Saya memastikan bahawa bukan sahaja kandungan terjemahan saya, tetapi juga gaya bahasa tetap menyerupai teks asal. Saya akan membuat penterjemahan berkualiti tinggi bersesuaian dengan keperluan anda.

​

Contoh:

  • Kontrak & paten

  • Sijil kelahiran & perkahwinan

  • Kad pengenalan & paspor

  • Lesen memandu

  • Surat pengesahan majikan

  • Keputusan mahkamah

  • Sijil & diploma

  • Majalah ilmiah

  • Manual

  • Laporan perubatan

  • Kajian klinikal

  • Laman web & blog

  • SEO berbilang bahasa

  • Sari kata

Kejurubahasaan

Kejurubahasaan ialah kaedah pemindahan perbualan lisan daripada satu bahasa ke bahasa lain. Semasa seseorang sedang bercakap dalam bahasanya, penterjemah membuat catatan. Selepas bicara itu selesai, bicara tersebut disampaikan ke bahasa sasaran dengan bantuan catatan yang dibuat oleh penterjemah. Saya memberi perkhidmatan kejurubahasaan secara berturut antara bahasa Inggeris, Jerman, Indonesia, Melayu dan Bislama.

​

Saya menjamin bahawa bukan sahaja kandungan kejurubahasaan saya, tetapi juga emosi penceramah disampaikan seberapa terperinci mungkin. Untuk ini, saya sangat perlu memberikan perhatian terhadap pilihan perkataan anda.

​

Contoh:

  • Perantara bahasa dan budaya

  • Perbicaraan polis dan mahkamah

  • Pidato & pembentangan

  • Persidangan (tak serentak)

  • Mesyuarat awan

  • Pameran

  • Sidang akhbar

  • Janji temu dengan pihak berkuasa

  • Janji temu dengan doktor

  • Penjualan produk baru

  • Perundingan

  • Pembelian rumah baru

  • Kaunseling

  • Perbualan melalui telefon

Kelas bahasa

Bahasa ibunda saya ialah bahasa Jerman, tetapi saya juga menggunakan bahasa Indonesia dan Inggeris setiap hari. Saya telah mengajar bahasa Jerman selama beberapa tahun kepada orang yang latar belakangnya sangat berbeza. Sebagai seorang yang suka pun mempelajari bahasa, saya boleh melibatkan diri saya dengan proses pembelajaran bahasa bagi penutur asing.

​

Dalam kelas saya, kita bukan sahaja membincangkan tatabahasa, tetapi kita juga berlatih bertutur dalam bahasa tersebut. Sila hubungi saya sahaja jika anda sedang mencari guru yang berjaya mengajar secara profesional dan bersemangat.

​

Contoh:

  • Bahasa Jerman A1-C2

  • Bahasa Inggeris A1-B2

  • Bahasa Indonesia A1-B2

  • Persiapan sijil Goethe

  • Penerangan tatabahasa

  • Latihan sebutan

  • Latihan harian

  • Maklumat bagi pengajian di luar negara

Image by Tim Mossholder
bottom of page