top of page

Bahasa

Bahasa-bahasa utama yang saya terjemah ialah bahasa Jerman, bahasa Inggeris, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu. Untuk memastikan terjemahan profesional dan sempurna, saya mengikuti dua prinsip penting:

 

Prinsip Bahasa Ibunda:

Saya hanya menterjemah ke dalam bahasa ibunda saya, iaitu bahasa Jerman, dan bekerjasama dengan penutur jati bahasa lain untuk menterjemah daripada bahasa Jerman.

​

Prinsip Negara Sasaran:

Saya tinggal di Jerman dan telah menghabiskan sebahagian besar hidup saya di Jerman. Untuk terjemahan ke dalam bahasa lain, saya bekerjasama dengan para penutur jati yang kini tinggal dan/atau telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya di negara di mana bahasa sasaran dituturkan.

​

Apabila diminta, saya juga dapat menterjemah daripada bahasa lain ke dalam bahasa Jerman, contohnya bahasa Belanda, Perancis, Thai, Tok Pisin dan Bislama. Khidmat lain yang turut saya tawarkan ialah transkripsi dan terjemahan dokumen kuno yang dikarang dengan tulisan tangan Jerman (Kurrent/Sütterlin). Jika anda memerlukan terjemahan daripada atau ke dalam salah satu bahasa tersebut, sila hubungi saya terlebih dahulu.

bottom of page