top of page

Tentang saya

Name saya Daniel Krausse. Saya seorang penutur jati bahasa Jerman yang memiliki kepakaran dalam bidang perkhidmatan terjemahan dan kejurubahasaan dalam bahasa Inggeris, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu. Sebagai penterjemah mahir yang diiktiraf oleh Kerajaan Jerman untuk bahasa Indonesia dan jurubahasa terlatih untuk bahasa Inggeris, saya kerap menterjemah antara keempat-empat bahasa tersebut. Saya juga bertugas sebagai penterjemah mahir untuk bahasa Bislama.

Saya telah memperolehi PhD (Doktor Falsafah) dalam bidang Linguistik daripada Universiti Newcastle di Australia dan juga Ijazah Sarjana dalam bidang Linguistik Komparatif daripada Universiti Frankfurt di Jerman. Saya menghabiskan sebahagian besar hidup saya di Jerman, Indonesia dan Australia.

Schöne Sprache.png
Translated SRL.jpg
EXXACTO.png
Reza Kadkhodaey.jpg
Stealth Translations.jpg

Saya tersenarai di dalam Pangkalan Data Penterjemah dan Jurubahasa Rasmi yang diiktiraf oleh semua mahkamah di Jerman dan di laman web Kedutaan Besar Republik Indonesia di Berlin.

Saya memulakan pengajian sarjana muda pada tahun 2010 dalam Pengajian Bahasa Indo-Eropah dan Pengajian Asia Tenggara di Universiti Frankfurt. Dengan sebuah tesis tentang Pengaruh Bahasa Melayu terhadap Bahasa Thai, saya memperolehi Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2013 dan meneruskan pengajian saya dalam bidang Linguistik Komparatif di Universiti Frankfurt. Pada tahun 2017, saya menghasilkan sebuah tesis tentang dialek Jawa Surabaya. Selanjutnya, saya menyertai program kedoktoran (PhD) dalam bidang Linguistik di Universiti Newcastle di Australia. Pada tahun 2022, tesis PhD tentang predikat kompleks dalam bahasa-bahasa Aborigin dan Pasifik telah saya terbitkan.

Sejak tahun 2005, saya telah bekerja sebagai guru bahasa bagi bahasa Jerman, Perancis dan Thai di pelbagai negara dan sejak 2012 juga sebagai tutor linguistik. Pada awal 2022, saya memperolehi sijil peperiksaan nasional sebagai penterjemah bahasa Jerman-Indonesia, kemudian diangkat sebagai penterjemah rasmi untuk bahasa Indonesia yang diiktiraf oleh Mahkamah Tinggi Dresden. Saya juga bekerja sebagai jurubahasa untuk bahasa Inggeris dan sebagai pengantara budaya di UNHCR Jerman.

Berikut ialah pelbagai contoh di mana anda boleh melihat dan mendengar saya bertutur dalam pelbagai bahasa asing:

Fiverr.png

The following companies and organisations have booked my translation service:

IKAPI.png
Pasar Hamburg.png
RocNoir.png
4REAL.png
ReadyFit.jpg
WSF.png
bottom of page